Sunday, March 4, 2012

Chayok Chayok !

Assalamualaikum w.b.t


Mahu kongsi sedikit cerita ataupun boleh dikatakan pengalaman laa dalam hidup aku nih. Last week kaki aku terseliuh secara tiba-tiba. Sakit sangat, Allah je yang tahu macam mana. Tak boleh jalan langsung :( First time dalam hidup aku, aku terseliuh sampai macam ni sekali. Nasib baik ada kawan-kawan yang tolong aku. Pergi klinik pun kawan aku, Miranis yang tolong papah dan mujurlah si dia tolong hantar dengan kereta. Kalu tak tak pasal-pasal bahu si Mira nih pulak yang patah, hehhe. 


Sampai kat klinik, MA klinik cakap aku kena pergi X-rays sebab takut tulang retak. Tapi aku taknak, so, dia just bagi aku tongkat. Ni lah kali pertama dalam hidup aku bertongkat. Lepas tu cepat-cepat call mak bagitahu. Nangis jugak laa masa call mak tuh. Mak suruh balik berurut kampung. 3 hari berturut-turut aku pergi berurut. Nak masuk hari ketiga baru aku boleh jalan siket-siket. Alhamdulillah sangatsangat. Sekarang dah boleh jalan betul-betul dah, cuma part yang kena hentak mula-mula tuh masih sakit and bengkak lagi. 

Bila Allah dah turunkan ujian macam ni, Dia buat aku berfikir. Mungkin ada dosa-dosa aku selama nih yang ak tak sedar ataupun yang aku sedar tapi aku buat tak endah aje. Allah maha Adil kan. Kadang-kadang rezeki yang kita tak sangka-sangka kita dapat. Kadang-Kadang dugaan yang kita tak pernah terfikir pun nak jadi kat kita tapi terjadi jugak pada kita. Semua yang Allah turunkan ada hikmah. First, bila aku kena macam tu, masa tulah aku dapat tengok, mana kawan yang bersama aku susah senang dan mana kawan yang bila aku susah, diorang buat tak tahu aje. 


Apa pun, Terima Kasih Sangat ! untuk kawan-kawan yang dah banyak tolong aku masa aku dalam kesusahan :) Second, aku tahu Allah sayangkan aku. Sebab tu Dia bagi ujian macam ni kat aku. Allah nak suruh aku sentiasa ingat kat Dia dan dia nak aku tahu yang Dia sentiasa ada untuk aku. Third, Allah nak aku sedar balik apa kesalahan ataupun dosa yang aku pernah lakukan selama nih.  Memang aku sedar. Syukur aku masih diberikan peluang. Sedikit sebanyak, ada hidayah yang aku perolehi. Aku cakap macam ni bukan nak jadi Ustazah Don ke ape ke, tapi, jujur, ini yang aku rasa lepas apa yang jadi kat aku ni. Aku harap sangat-sangat aku tak lalai lagi lepas ni :)


Sekarang aku nak fokus balik pada pelajaran. Semester ni banyak assignment siket. Semua dah susah. Banyak nak kena baca. Tambah lagi dengan Final Year Project 1. Alhamdulillah aku dah dapat supervisor. Thanks to Miranis sekali lagi sebab tolong hantarkan form SV untuk aku. Risau tajuk je sekarang, takut-takut kena reject ke. Tapi, mintak-mintak laa tak kan :) Sem ni kena struggle betol-betol. Jangan hangat-hangat tahik ayam dah laa aku nih. So, sekarang nak list kan semua assessment yang aku nak kena hadap sem nih -.-



 Stakeholder Management
--> Individual Assignment + Group Assignment + Case Study tiap-tiap minggu + Quiz + Test

Project Risk Management
--> Presentation (3x) + Video Presentation + Group Report + Quiz + Test

Management of technology 
--> Quiz (next week) + Group Assignment + Test + Presentation + Case Study

Contract and Procurement Management
--> Group Assignment + Quiz + Test + Tutorial

Final year Project 1
--> Introduction + Literature Review + Methodology





Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya :)). Bubye !