Tuesday, January 31, 2012

MEMASAK vs AKU

Salam semua. Hari dah malam nih. Aku pulak tengah tengok tv sorangsorang. Yang lain semua dah tido. Tadi pergi kuantan kejap hantar adik aku kerja. Jadi bibik laa dia kat sana. Dapat kerja hantar anak orang balik dan pergi sekolah, masak untuk diorang dan hantar pulak pergi kelas PAFA. Sampai sabtu ni dia kerja. Nak buat macam mana dah orang mintak tolong. Alhamdulillah laa rezeki adik aku daripada dia duk buang masa kat rumah tunggu result STPM, baik dia kerja kann :) 

Oke, back to the entry title. Wahh bukan main ye nak buat entry pasal memasak. Biasalah, aku perempuan kan, tak lari dah dari topik nih. Semua perempuan kena lah tahu masak kan. Nanti nak kawin kalau tak tahu masak nak bagi suami makan apa? Takkan nak beli kedai tiaptiap hari kan. Orang duludulu cakap kalau nak tambat hati suami and kasi dia punya perut buncet cumel tuh kita kena lah bagi dia makan makanan hasil air tangan kita sendiri, insyaAllah suami akan bahagia, hehhe :D Tapi kalau masak tak sedap tak ke naye kat suami tuh. So, maknanya semua perempuan wajiblaa tahu memasak.

Huh, secara jujur aku tak tahu sangat memasak. Tak tahu lah kenapa. Adik aku masak steady aje. Kurma, kari, asam pedas petik jari je dia. Tapi aku?? Humm, yang basic tuh boleh laa. Banyak lagi yang aku kena belajar. Sebab ni jugaklah aku takot nak pergi rumah dak L nih. Nanti mak dia masak, aku pulak yang terpingapinga tak tahu nak buat ape. Aku jenis tak biasa nak bergaul dengan orang tua. L cakap takpe kalau tak pandai pon, tolongtolong potong sayur ke apa ke oke dah. Haa, yela,cakap senangla, dah aku nih jenis tak pandai nak start dulu, kalau mak dia suruh baru lah aku buat. Ceh, anak dara apa lah aku ni kan, hehhe ;p

Em, aku sebenarnya dari dulu lagi memang tak berapa tolong mak aku buat kerja dapur. Kalau jemur kain,lipat kain, sapu sampah tuh aku biasa dahlah, tapi, bab memasak fail siket. Kalau mak aku suruh baru aku buat. Sekarang dah umur 22 baru nak menyesal kan :( Tapi takpela, nak buat macam mana kann? Aku cuti nih pun ada jugaklah cubacuba masak, okelah jugak, semua orang boleh makan lagi setakat ni. Cuma masakan yang gedebaam gedeboom tuh maybe lambat la siket. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan jadi Master Chef jugak. Tapi untuk laky aku ajelah, hehhe \(^_*)/




oke, gambar takde motif :D





till then, gudnite semua .



Thursday, January 26, 2012

HINDUSTAN GULINGGULING


Heylo peeps. Oke, malam ni airmata aku dah terkeluar garagara duk tengok cerita hindustan. Alah, poyo la kau tengok cerita keling pon nak nangis bagai. Mesti ni orang akan cakap kan? Whateverlah oke. Tadi  aku bersama adik tercinta berpakat melayan cerita hindustan kat TV2. Malammalam tayang cerita hindustan kan, bertambahlah probability nak menangis tuh kann? Naknak cerita Mann pulak yang TV2 nih tayang. Dulu zamanzaman sekolah rendah dah tengok cerita nih. Sekarang umur dah nak masuk 22 baru dapat tengok lagi sekali. Cerita nih memang sadis sangat. 


By the way, actually aku memang one of the fans citecite nustang nih. Dari kecik lagi dah duk tengok citecite sebegini malahan memang banyak dah lagulagu yang dah sebati dengan minda dan jiwa raga aku nih (ayat haruslah gramatis). Tapi, zaman sekarang nih cerita hindustan macam harem dah and entah hapehape. Hero ngan heroin pun aku dah tak kenal sebab banyak pelakon baru, lagu dah tak best, jalan cerita pon dah tak syok. Kalau zamanzaman SRK, Salman Khan, Kajol, Aishwarya Rai, dan lainlain pelakon yang termasuk dalam zaman nih dulu memang ngetop habes ceritanya !! Tengok banyak kali pon tak boring. Sekarang nih almost laa dah tak best. Ada yang best pon cerita 3 Idiots tuh jela.

Oke, back to cerita Mann tadi. Menangis aku senyapsenyap dalam toto sebab takot adik aku tahu. Mulamula tengok dengan adik lelaki aku. Dia layan jugak cerita nustang nih tapi sama lah macam aku, cerita yang ade SRK aje die tengok and citecite zaman aku mula nak membesar dulu lah. Mula tadi layan berdua, lastlast dia pegi 0n9 pulak. Takpe, ini lagi bagus untuk aku betulbetul menghayati cerita nih, hehhe. Mann ni cerita cinta yang tragis tambah tragik lagi oke. 


Main actor and actress dalam cerita ni adalah Aamir Khan(Dev) dan juga Manisha Koirala(Priya). Oke, tak kenal sudah :p Diorang ni first jumpa kat atas kapal. Dev adalah seorang yang agak playboy tapi dia berhati perut jugak sebenarnye. Dia berubah lepas kenal Priya. Dia ada seorang nenek yang dah tua dan merupakan seorang balu. Priya ni pulak merupakan seorang anak yatim dah ada calon suami iaitu kawan dia,Anil Kapoor yang dah banyak tolong dia dalam usaha nak bukak sekolah anak yatim kot ke macam Tadika takpon Taskka gituu laa. Nak dijadikan cerita Dev dengan Priya ni terjatuh cinta antara satu sama lain masa diorang punya journey atas kapal tuh. Dev pun dah bawak Priya jumpa nenek dia sebab salah satu perhentian diorang punya journey tuh adalah dekat dengan tempat tinggal nenek si Dev nih. Sedih masa scene nih dengan lagu yang begitu syahdu. sobsobsobs :( hehhe.

Sebelum diorang berpisah dari kapal tuh, diorang dah buat janji nak jumpa balik dekat Gateway India pada 14 Februari yang merupakan Hari Valentine uolls, huhu. Kita orang Islam, no Velantine2 oke? hehe. Dev suruh Priya bagi dia masa 6 bulan untuk cari job, kumpul duet untuk kahwin dengan si Priya nih laa kan, takkan ngan aku pulak kan? Mestilah aku taknak sebab aku dah ade si L aku dah \(^_*)/. Okeoke, back to the story, sepanjang tempoh sebelum diorang berjumpa tuh memang banyak laa halangan yang diorang nak kena hadap kan. Dan ni lah yang wat aku nagisnyee tahuu? dan yang mengtragiskan(perkataan hape nih) cerita nih adalah pada hari diorang nak jumpa and kahwin tuh si Priya kena langgar dan duadua kaki dia terpaksa dipotong. 


Humm, sedihkan, mesti down, stress dan tak tahu hape nak fikir time nih kalau aku jadi Priya nih. Priya sedih sangat dan dia decide taknak bagitahu Dev. Anil Kapoor nih laa duk jage Priya time nih. Dia nih sebenarnya dah tahu pasal Dev and Priya. Dia redha demi cinta dan kebahagiaan Priya. Kalau aku jadi Anil nih, mesti aku cakap, haa,tuhla hang Priya,, haku nak kat hang, hang plak suka kat Dev, lau kawen dengan haku, mesti hang tak cacat cenggini.Oke, joke aje. Tak baek, itu sume takdir dari director cerita nih kan. Nak buwet camno ag haa.

Macam ni, aku sebenarnya dah malas nak tulis banyakbanyak dah. Mata pon dah ngantok. Ending cerita nih Dev tau jugak pasal yang Priya excident time nak jumpa 14 Februari tuh dan dia terima Priya seadanya sebab die memang cinta banget sama ini Priya. Happy ending kan :) Em, kalau back to the real life, kita nih orang perempuan dah cacat macam tuh, bf or tunang kita tuh entah nak lagi ke tidak kat kita kan? Rasa macam tak je kan. Dalam cerita lain lah, nama pon cerita, ekot director lah kan nak ending and jalan cerita macam mana pon.. Kalau betulbetul, taktahulah, maybe ada yang macam Dev nih tapi aku rasa zaman sekarang nih maybe ade dua tiga orang Dev je kot. Lelaki kan, nak yang cantik and perfect aje. Bila kita dah cacat confirm tukar phone number, buatbuat tak kenal dan lari tinggalkan kita macam tu je.


This is what i think laa kan. Harapharap lelaki kat luar sana tuh, kalau dah cinta dah sayangkan seseorang, walau apa pon yang jadi, just stay with that girl jela oke? Same goes to girls, uolls kena setia. Once dah berjanji sumpah setia sayang bagai, jangan bila jadi perkaraperkara seumpama nih terus berubah fikiran. Haha, sejaksejak tengok cite nustang nih, jadi Dr. Love pulak aku kan, huhhu :)




pic from mr. gugel



p/s kalau tengok cerita nustang, jangan ingat nak terbayang kita dengan gf or bf kita je dalam cerita tuh, tapi, cuba lah cari apa mesej yang nak disampaikan sebenarnye.



Wednesday, January 18, 2012

SI GADIS YANG MAHU KURUS




Assalamualaikum pembuka bicara, hehhe :) Harini ni nak cerita  siket. Aku dahulunya taklah macam nih, means aku taklah berbody seperti sekarang ni. Macam mane tu yee? Alaa, sekarangkan dah chubby, berat badan pun dah 55++. Orang kate badan naik sebab hidup bahagia, bahagia laa sangat kann. Mungkin masa matrix dulu makanan semuanya sedapsedap. So,aku pon makanlaa sampai tak hengat dunia kan dengan ikan keli sedap, laksa sedap, fish and chips, chicken chop bagai. Naknak baek dengan budak cafe, fish and chips  confirmlaa dapat double tiap kali beli. Pastu pagipagi sebelom pegi kelas, singgah cafe beli fries tuu memang rutin harian laa.Bila dah jadi macam ni barulaa nak menyesal.


Ehh, taklaa =D. Tuh maybe dalam 10percent jelaa kot. Actually dulu ak ade ovarian cyst. Umur dah 18 baru nak tahu ade benda tuh. Nak dijadikan cerita, sebelom aku operate, aku ade derma darah. Yelaa, mana nak tahukan ade cyst tuh. So, dengan bangga laa aku pegi derma darah kan dengan harapan aku dapat berjasa pada orangorang yang terima darah aku tuh. Bila dah derma darah mestilaa berat badan naik kann. Pastu pulak aku operate masuk air, makan ubat bagai, maka bertambahtambah laa lagi  berat badan dan jadilah diri aku yang sekarang nih. Huurayyy \(^_^)/ *menyesal sebenarnya oke !



Tapi kan ! ramai yang cakap aku sekarang lagi oke. Tapinya ! kenapa aku rasa macam susah dah nak meloncatloncat macam dulu, pinggang da makin membesar, banyak seluar dah tak muat. baju jauh sekali nak padan, heh :( Gemoklaa tuh tandanya, haddoi. On dark side, ramai jugek yang cakap dulu lagi oke,tiptop,cunmelecun, justeru ini membuatkan aku begitu down dan MAHU KURUS.(kuruskann, tuh kena kecik siket). Banyak dah cara yang aku usahakan tapi selalunya memang separuh jalan aje. Bagaimana tuh yee ? Beginii, apabila aku cuba berjoging setiap petang di U ku, mesti betahan seminggu dua je. Then, apabila aku cuba diet tak makan nasi, confirm tak sampai petang satu badan dah terketarketar dan nak muntah. Selepas itu, apabila aku mendapat nasihat daripada kawan aku supaya meminum 'teh herba orang kampung', aku dengan penuh motivasi meminumnya walaupon rasa die Tuhan je yang tahu (tak sedap, nak termuntah,yakyakyak, dan banyak lagi). 

Apa yang membanggakan,  teh nih memang berkesan. Cuma biasa lahh dah minum herba kan, satu hari kalau tak lebih 5 kali pergi toilet memang tak sah. Perut aku memang kempis minum teh ni, badan jadi ringan siket, berat badan pun berkurangan. Malangnya, 1 sem je aku amalkan bende ni. Sebab ape? sebabnya, tibatiba aku dah takde motivasi lagi. Mana perginya motivasi itu? Mungkin dihanyutkan dengan perasaan yang aku dah berasa diri aku ini kurus. Tapi !! sekarangkan cuti, so, aku sekarang tengah cuba amalkan lagi. Walaubagaimanaponn, ade perkara yang anda semua perlu tahu. Bila  minum teh ni, korang kena banyakkan minum air masak. Kenapa? Sebabnya dia boleh affect buah pinggang. Kenapa? Sebabnya bila minum teh nih, dia akan cuci semua perut kita, sebab tuhlaa boleh affect buah pinggang. Actually aku pon dapat tahu daripada kawan aku yang kawan beliau merupakan seorang medical assistant. Jadi, beware ye kawankawan (: 


ini zaman kurus itu, tapi, nape macam buruk? HAHA



ini satu lagi
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
yang di bawah ini adalah betulbetul lepas operate


cuba teka aku yang mane satu ? *bengong 


dan di bawah ini adalah yang latest
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
jengjengjeng


yang ini baru boleh teka, mana satu aku :D


>>>Oke, itu aje. Semoga aku berjaya laa dengan citacita aku untuk kali ini demi menjadi seperti gambar yang paling atas tuh, hehhe.



Sunday, January 15, 2012

Ya Allah

Semakin lama aku berpijak di atas muka bumi menghirup udara segar kurniaann Allah S.W.T, semakin banyak yang aku pelajari mengenai Islam. Syukur aku dilahirkan sebagai seorang muslim :) Tetapi adakah aku sentiasa patuh pada ajaran-Nya? Melakukan setiap amalan-Nya? 


  • Mungkin aku bukanlah seorang gadis yang berpurdah mahupun bertudung labuh, 
  • Mungkin juga aku bukan seorang gadis yang sentiasa mentupi tumitnya,
  • Mungkin juga aku bukan seorang gadis yang sentiasa menutupi keseluruhan tangannya,
  • Mungkin juga aku bukan seorang gadis yang tidak pernah berpegangan tangan dengan lelaki,
  • Mungkin juga aku bukan seorang gadis yang sentiasa ke surau atau masjid untuk berjemaah,
  • Mungkin juga aku bukan seorang gadis yang sentiasa berbaju labuh hingga ke peha,
  • Mungkin juga aku bukan seorang gadis yang sentiasa penuh waktu solatnya,
  • Mungkin juga aku bukan seorang gadis yang sentiasa menjaga suaranya,
  • Mungkin juga aku bukan seorang gadis yang sentiasa menjaga percakapannya,
  • Mungkin juga aku bukan seorang gadis yang sentiasa menjaga pemikirannya,
  • Mungkin juga aku bukan seorang gadis yang sentiasa menjaga penglihatannya,

Banyak sekali kelemahan aku yang aku masih pelajari hingga ke saat ini. Banyak lagi yang perlu aku perbaiki untuk menjadikan diri aku ini seorang gadis atau mungkin wanita solehah di sisi agamaku, ISLAM. Semakin lama aku hidup, banyak sangat kekurangan dan kelemahan yang dapat aku lihat pada diri aku, keluarga aku, saudaramara aku, sahabatsahabat aku. Ya, aku tidaklah punya hak untuk menghakimi sesiapa, sedangkan diri aku sendiri yang mungkin masih jauh tersasar dari ajaran Tuhanku, ALLAH. Untuk berubah bukanlah perkara mustahil, tetapi ianya memerlukan kekuatan, keimanan, sokongan yang kuat. Sesungguhnya ajal bilabila saja bakal menjemput, apa yang aku harapkan adalah agar Allah panjatkan usia aku agar aku bisa berubah menjadi yang terbaik untuk Agamaku, Keluargaku, Sahabatsahabatku, dan juga mungkin untuk bakal Suamiku (InsyaAllah jika dipanjangkan umur)


Suatu hari nanti,,,pasti,,,


Doakan yee (:



\(*_*)/

Friday, January 13, 2012

*alhamdulillah*





syukur ke hadrat Illahi...


kenapa? First, sebab aku dah berjaya dengan jayanya (tunjuk ibu jari sambil kenyit mata sebelah) edit blog ni, biar nampak simple, takdela sakit mata nak memandang. Second, sebab aku dah  abes semester 5, tinggal 3 sem je lagi, next sem dah PSM, takut jugak nak hadap ni, moga Allah permudahkanlaa segala urusan aku dan rakanrakan, InsyaAllah  \(^_^)/  Third, sebab L dah safely arrived kat kampung beliau, dahla jauh, ujanujan pulak ni, dengan jalan rosak bagai, alhamdulillah laa selamat sampai. Aku pulak ?? confirmlaa dah lame sampai, rumah dekat aje kann. 


oke, sebut pasal cuti, cuti kali ni sebule jah *aduss,kecek qlate kito. Dalam bahasa normal nye, cuti kali ni hanyalah sebulan. Taktahu laa nak buat hape dekat umah. Hajatnye nak kuruskan badan, tapi, hasilnye nanti mungkin antonim, heheee. Semua perempuan taknak gemuk! oke. Tapi, nak kurus tu bukan laa benda mudah. Semangat tuu nak kena kuat sebab nak lawan nafsu makan tuu. Naknak yang dah biase makan banyak, kat umah mak mesti masak sedapsedap kan, kalau rase nak kurangkan berat badan, cubelaa kawal makan nye pun oke?









(*_*)v