Tuesday, January 31, 2012

MEMASAK vs AKU

Salam semua. Hari dah malam nih. Aku pulak tengah tengok tv sorangsorang. Yang lain semua dah tido. Tadi pergi kuantan kejap hantar adik aku kerja. Jadi bibik laa dia kat sana. Dapat kerja hantar anak orang balik dan pergi sekolah, masak untuk diorang dan hantar pulak pergi kelas PAFA. Sampai sabtu ni dia kerja. Nak buat macam mana dah orang mintak tolong. Alhamdulillah laa rezeki adik aku daripada dia duk buang masa kat rumah tunggu result STPM, baik dia kerja kann :) 

Oke, back to the entry title. Wahh bukan main ye nak buat entry pasal memasak. Biasalah, aku perempuan kan, tak lari dah dari topik nih. Semua perempuan kena lah tahu masak kan. Nanti nak kawin kalau tak tahu masak nak bagi suami makan apa? Takkan nak beli kedai tiaptiap hari kan. Orang duludulu cakap kalau nak tambat hati suami and kasi dia punya perut buncet cumel tuh kita kena lah bagi dia makan makanan hasil air tangan kita sendiri, insyaAllah suami akan bahagia, hehhe :D Tapi kalau masak tak sedap tak ke naye kat suami tuh. So, maknanya semua perempuan wajiblaa tahu memasak.

Huh, secara jujur aku tak tahu sangat memasak. Tak tahu lah kenapa. Adik aku masak steady aje. Kurma, kari, asam pedas petik jari je dia. Tapi aku?? Humm, yang basic tuh boleh laa. Banyak lagi yang aku kena belajar. Sebab ni jugaklah aku takot nak pergi rumah dak L nih. Nanti mak dia masak, aku pulak yang terpingapinga tak tahu nak buat ape. Aku jenis tak biasa nak bergaul dengan orang tua. L cakap takpe kalau tak pandai pon, tolongtolong potong sayur ke apa ke oke dah. Haa, yela,cakap senangla, dah aku nih jenis tak pandai nak start dulu, kalau mak dia suruh baru lah aku buat. Ceh, anak dara apa lah aku ni kan, hehhe ;p

Em, aku sebenarnya dari dulu lagi memang tak berapa tolong mak aku buat kerja dapur. Kalau jemur kain,lipat kain, sapu sampah tuh aku biasa dahlah, tapi, bab memasak fail siket. Kalau mak aku suruh baru aku buat. Sekarang dah umur 22 baru nak menyesal kan :( Tapi takpela, nak buat macam mana kann? Aku cuti nih pun ada jugaklah cubacuba masak, okelah jugak, semua orang boleh makan lagi setakat ni. Cuma masakan yang gedebaam gedeboom tuh maybe lambat la siket. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan jadi Master Chef jugak. Tapi untuk laky aku ajelah, hehhe \(^_*)/




oke, gambar takde motif :D





till then, gudnite semua .



No comments:

Post a Comment

suka?? komen laah :D