Wednesday, February 15, 2012

Ini Bukan Mahuku

Salam.


Kepala tengah pening sangat ni. Rasa macam nak demam. Rindu setengah mati, macam mana lah tak demam, hehhe. Just joking ;p Tapi, serious macam nak demam. Maybe sebab cuaca panas and tak cukup tidur. Yelah, asyik tidur lewat je malam-malam, padahal bukan buat ape pon. Oke, harini tanggal 15 Februari 2012, genaplah umur si dia 23 tahun. Tua dah kan, hehe ^^. Tak boleh nak wish sebab beliau berada di luar kawasan, hahha. Luar kawasan lah sangat kan. Tapi betol ape, tak boleh contact, handphone aku senyap je tak berbunyi, rasa macam life aku dah takde makna, jap lagi nak pergi terjun KB Mall bunuh diri. HUHA. Gurau aje. Aku masih waras lagi lah. Takdelah sampai life takde makna bagai. Melampau lah kalau bercinta sampai macam tuh kan. Allah masih ada, Dia lagi utama kankankan ? (: 

Back to the title, secara jujurnya sem baru ni aku tak berapa nak happy. Mungkin Allah nak uji aku. Tapi seriously, menjadi orang yang dikenali oleh ramai orang yang lainnya bukan mahuku. Hamboi ayat, tak mengalah. Aku prefer menjadi yang di bawah daripada yang di atas. Hape kejadahnya di bawa di atas nih? huh. Demi Allah bukan niat nak riak, takbur, menunjuk, bangga gila, tinggi hidung ke apa. Tapi aku nak luahkan apa yang aku rasa nih. Pada Allah aku dah mengadu, pada kawan-kawan. Sekarang pada belog pulak.

Aku manusia biasa je macam orang-orang lain jugak. Mungkin kali ni rezeki Allah bagi pada aku. Aku memang bersyukur sangat-sangat. Tapi, ni tak bermakna aku terlampau bagus ke apa. Mungkin kali ni rezeki aku. Akan datang kita tak tahu macam mana. Allah maha adil kan. Nanti nanti rezeki orang lain pulak :) Tapi sebenarnya, keaadaan ni pun membuatkan aku jadi stress. Dengan rezeki Allah bagi, ada di antara mereka daripada tak mengenali jadi kenal aku. Dan ada yang letak harapan pada aku. Aku rasa terbeban. Aku takut aku tak dapat capai apa yang mereka expect daripada aku. Sebab aku tahu diri aku. I'm just an ordinary person macam yang lain-lain yang berusaha, berdoa dan tawakal pada Allah S.W.T untuk mencapai sesuatu. Macam mana nak cakap pun aku tak tahu. hanya Hati dan Allah yang memahami. Apa yang aku harapkan agar mereka di sekeliling memahami apa yang aku rasa. Aku juga berharap agar Allah sentiasa bimbing aku agar aku tak tersasar bila dikurniakan rezeki ini dan aku berharap sangat-sangat aku boleh tabah mengharungi semua ni.


~~OKELAH, HABIS CERITA PASAL NIH~~



Now, this is what i have for si dia birthday !




This is the inside part of this hand-made birthday card.

Oke, tahu, macam budak-budak sekolah rendah kan buat kad macam ni. :)) Kad ni takde content lagi. Esok-esok baru nak tulis, hehehe ;p


till then, gudbye !



Tuesday, February 14, 2012

ALONE

Assalamualaikum,,

Tak tahu nak start macam mana. Macam kosong je rasa. Sunyikan bila orang yang rapat dengan kita terpaksa tinggalkan kita untuk seketika. Rasa macam blur aje aku harini. Satu perkataan je yang mampu aku cakap, rindu !sobsobsobs =( sedih pulak rasa. Betullah orang kata, bila dah jauh barulah rasa kehilangan kan. Kalau dekat taknak pulak hargai. Eh, taklah, aku hargai oke. Sampai sabtu ni aku akan alone, alone and alone. Rindu sangat-sangat. Nak menangis je rasa. Sedih. Tak tahu nak buat hape (-.-)?





Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, Usaha Tangga Kejayaan, congrates buat semua rakan-rakan (:






Monday, February 6, 2012

Hari Yang Amat Menyedihkan

Salam semua. Just a short entry. Harini adalah hari yang amat menyedihkan sebab aku dimalukan di khalayak ramai. First time aku kena, dan beliau yang memalukan aku adalah orang yang amatlah terdekat dengan aku. No need to mention siapa. Boleh di agak-agak kan lah. Nak dijadikan cerita, harini aku pergi berbeli di supermarket. Ayah bagi RM50. Masa nak bayar tiba-tiba kat screen cashier tulis total RM51.55. So? What to do? Hmm, seriously aku tak terfikir langsung nak tolak satu barang tadi. So, aku suruh beliau mintak duet dekat ayah yang sedang berada di dalam kereta. Lama jugak aku tunggu dekat cashier tuh. Orang belakang dah bising-bising. Then, beliau nih datang dengan berlagaknya dan dengan suara yang kuatnya cakap "Bangang ! duet seringgit pon takde ke??" (sambil campak-campak duet atas kaunter tuh). Aku tersangatlah terkejut tapi buat muka cool je. Aku tersangatlah malu dan akhirnya dalam kereta aku menangis cerita pada mak :'( Mak pon terkejut dengan mulut beliau yang begitu. Hal ni memang membuatkan aku kecewa sangat-sangat. Dimalukan depan orang ramai. Apalah salah aku? Aku bukannya berkerjaya lagi. Lainlah kalau aku nih ada kerja, tapi takde duet nak bayar. Sesungguhnya hanya Allah yang memahami perasaan ini :( Mungkin ini dugaan dari Mu Ya Allah. Aku terima.





p/s: moral of the story, kita perlu jaga percakapan, tutur kata dan sikap kita, tak kira sesama ibubapa, rakan-rakan mahupun adik beradik sendiri.



Friday, February 3, 2012

si cantik lagi manis

Assalamualaikum,

Cantik tuh subjektif kan. Ada yang cakap perempuan yang freehair, rambut lurus rebonding tuh cantik. Lagi cantik kalau rambut tuh buat curl. Curl? Curlrinting laa, hehhe, :D. Ada juga yang cakap sexy nampak betis, peha, pakai legging bagai tuh cantik. Ada yang cakap make-up tebal cantik tapi ada juga yang cakap natural tak pakai make-up tuh lagi cantik. Natural beauty laa katakan. Then, ada yang cakap pakai shawl lagi cantik, up-to-date daripada pakai tudung bawal. Tapi, bak kata Datin Norjuma pulak, bertudung bawal lagi cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Tapi macam mana pulak dengan tudung sarung? Cantik ke tak? huhu. Macam-macam kan definisi cantik tuh, hehhe :) Apa-apa pun bagi aku, untuk perempuan Islam, asalkan bertudung yang menutup aurat PASTI lah cantik malah lebih manis daripada yang freehair, pakai legging dan segala bagai lagi. Tak kisah lah bawal ke bawang ke, tudung sarung ataupun shawl ke, asalkan menutup aurat sebagai perempuan Islam, InsyaAllah cantik, kalau tidak dari mata manusia, dari sisi Allah PASTI cantik secantik-cantiknya :))

Betul ! pakai tudung TIDAK WAJIB !. Tapi ! menutup aurat seperti yang telah ditetapkan dalam Islam adalah WAJIB !. Bagaimana nak tutup tuh? Kalau taknak paki tudung, pakai tudung saji pun tak apa (gurau), asalkan aurat tuh dilindungi. Dulu isu bertudung nih takdelah diketengahkan sangat (bagi aku lah kan). Tapi sejak akhir-akhir nih, isu nih timbul dan ramai dah yang mementingkan soal bertudung. kalau ada yang tak bertudung dan pakai seksi meksi tuh mesti kena kutuk punya lah. Tapi, tak dinafikan, ada juga yang suka kann? hehhe. Mungkin dunia dah nak akhir zaman. Alhamdulillah ramai yang dah berhijrah daripada tak pakai tudung kepada bertudung litup comel gitu, (^_*)v, syukur. Pada pendapat aku juga, sepatutnya lah, tak timbul dah isu ada perempuan Islam yang masih lagi tidak bertudung sebab kita memang dah tahu syarat aurat perempuan. Dari sekolah rendah lagi dah belajar sampai sekolah menengah sampai masuk universiti sambung phd bagai. 

Oke, aku tahu, mungkin masing-masing ada alasan tersendiri. tapi, sampai bila kita nak sesat. Jujur, aku tidaklah baik sangat. Pernah suatu masa dulu, kadang-kadang aku juga tidak bertudung. Soal bertudung, aku pandang ringan je. Rasa nak pakai, aku pakai, rasa malas, aku tak pakai. Tapi, alhamdulillah Allah bagi aku petunjuk :) (wahh, macam artis pulak kan,oke,gurau aje) Syukur aku bertudung. InsyaAllah aku mahu berubah menjadi yang lebih baik lagi. Aku pun masih lagi dalam usaha nak bimbing adik aku yang masih lagi tak bertudung kalau keluar pergi mana-mana tuh. semoga Allah bukakan pintu hati adik aku, aminn :)). Sekarang nih, artis pun ramai dah berhijrah memakai tudung. Bukan tak cantik pon pakai tudung, cantik hape. Dan bukan tak boleh nak bergaya bila pakai tudung, boleh hape. Allah itu sentiasa mempermudahkan jalan umat-Nya :) Ye, aku tahu aku bukanlah ustazah nak bagi nasihat, tapi sekadar memperingati antara satu sama lain okeh :) So, jum kita usha-usha si cantik lagi manis yang aku curi dari pacek gugel nih, hehhe :)


DIANA AMIR


FARAH AF2


 WARDINA SAFIYYAH


 RAJA FARAH


SITI NORDIANA


 MARSHANDA


 IRMA HASMIE


AKMA AF



till the, gudnite everybody, salam :)



Thursday, February 2, 2012

colourful



Assalamualaikum..this is  a non-reading entry coz i just want to share some colourful pictures that i addicted :) So enjoy urself,hehhe.





1



2



3

                                                                            
 4


5



6


7



8



 9



10



11 



12



13



14



15


p/s: pictures sources----> donated by pacek gugel :p