Friday, February 3, 2012

si cantik lagi manis

Assalamualaikum,

Cantik tuh subjektif kan. Ada yang cakap perempuan yang freehair, rambut lurus rebonding tuh cantik. Lagi cantik kalau rambut tuh buat curl. Curl? Curlrinting laa, hehhe, :D. Ada juga yang cakap sexy nampak betis, peha, pakai legging bagai tuh cantik. Ada yang cakap make-up tebal cantik tapi ada juga yang cakap natural tak pakai make-up tuh lagi cantik. Natural beauty laa katakan. Then, ada yang cakap pakai shawl lagi cantik, up-to-date daripada pakai tudung bawal. Tapi, bak kata Datin Norjuma pulak, bertudung bawal lagi cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Tapi macam mana pulak dengan tudung sarung? Cantik ke tak? huhu. Macam-macam kan definisi cantik tuh, hehhe :) Apa-apa pun bagi aku, untuk perempuan Islam, asalkan bertudung yang menutup aurat PASTI lah cantik malah lebih manis daripada yang freehair, pakai legging dan segala bagai lagi. Tak kisah lah bawal ke bawang ke, tudung sarung ataupun shawl ke, asalkan menutup aurat sebagai perempuan Islam, InsyaAllah cantik, kalau tidak dari mata manusia, dari sisi Allah PASTI cantik secantik-cantiknya :))

Betul ! pakai tudung TIDAK WAJIB !. Tapi ! menutup aurat seperti yang telah ditetapkan dalam Islam adalah WAJIB !. Bagaimana nak tutup tuh? Kalau taknak paki tudung, pakai tudung saji pun tak apa (gurau), asalkan aurat tuh dilindungi. Dulu isu bertudung nih takdelah diketengahkan sangat (bagi aku lah kan). Tapi sejak akhir-akhir nih, isu nih timbul dan ramai dah yang mementingkan soal bertudung. kalau ada yang tak bertudung dan pakai seksi meksi tuh mesti kena kutuk punya lah. Tapi, tak dinafikan, ada juga yang suka kann? hehhe. Mungkin dunia dah nak akhir zaman. Alhamdulillah ramai yang dah berhijrah daripada tak pakai tudung kepada bertudung litup comel gitu, (^_*)v, syukur. Pada pendapat aku juga, sepatutnya lah, tak timbul dah isu ada perempuan Islam yang masih lagi tidak bertudung sebab kita memang dah tahu syarat aurat perempuan. Dari sekolah rendah lagi dah belajar sampai sekolah menengah sampai masuk universiti sambung phd bagai. 

Oke, aku tahu, mungkin masing-masing ada alasan tersendiri. tapi, sampai bila kita nak sesat. Jujur, aku tidaklah baik sangat. Pernah suatu masa dulu, kadang-kadang aku juga tidak bertudung. Soal bertudung, aku pandang ringan je. Rasa nak pakai, aku pakai, rasa malas, aku tak pakai. Tapi, alhamdulillah Allah bagi aku petunjuk :) (wahh, macam artis pulak kan,oke,gurau aje) Syukur aku bertudung. InsyaAllah aku mahu berubah menjadi yang lebih baik lagi. Aku pun masih lagi dalam usaha nak bimbing adik aku yang masih lagi tak bertudung kalau keluar pergi mana-mana tuh. semoga Allah bukakan pintu hati adik aku, aminn :)). Sekarang nih, artis pun ramai dah berhijrah memakai tudung. Bukan tak cantik pon pakai tudung, cantik hape. Dan bukan tak boleh nak bergaya bila pakai tudung, boleh hape. Allah itu sentiasa mempermudahkan jalan umat-Nya :) Ye, aku tahu aku bukanlah ustazah nak bagi nasihat, tapi sekadar memperingati antara satu sama lain okeh :) So, jum kita usha-usha si cantik lagi manis yang aku curi dari pacek gugel nih, hehhe :)


DIANA AMIR


FARAH AF2


 WARDINA SAFIYYAH


 RAJA FARAH


SITI NORDIANA


 MARSHANDA


 IRMA HASMIE


AKMA AF



till the, gudnite everybody, salam :)



No comments:

Post a Comment

suka?? komen laah :D