Monday, February 6, 2012

Hari Yang Amat Menyedihkan

Salam semua. Just a short entry. Harini adalah hari yang amat menyedihkan sebab aku dimalukan di khalayak ramai. First time aku kena, dan beliau yang memalukan aku adalah orang yang amatlah terdekat dengan aku. No need to mention siapa. Boleh di agak-agak kan lah. Nak dijadikan cerita, harini aku pergi berbeli di supermarket. Ayah bagi RM50. Masa nak bayar tiba-tiba kat screen cashier tulis total RM51.55. So? What to do? Hmm, seriously aku tak terfikir langsung nak tolak satu barang tadi. So, aku suruh beliau mintak duet dekat ayah yang sedang berada di dalam kereta. Lama jugak aku tunggu dekat cashier tuh. Orang belakang dah bising-bising. Then, beliau nih datang dengan berlagaknya dan dengan suara yang kuatnya cakap "Bangang ! duet seringgit pon takde ke??" (sambil campak-campak duet atas kaunter tuh). Aku tersangatlah terkejut tapi buat muka cool je. Aku tersangatlah malu dan akhirnya dalam kereta aku menangis cerita pada mak :'( Mak pon terkejut dengan mulut beliau yang begitu. Hal ni memang membuatkan aku kecewa sangat-sangat. Dimalukan depan orang ramai. Apalah salah aku? Aku bukannya berkerjaya lagi. Lainlah kalau aku nih ada kerja, tapi takde duet nak bayar. Sesungguhnya hanya Allah yang memahami perasaan ini :( Mungkin ini dugaan dari Mu Ya Allah. Aku terima.





p/s: moral of the story, kita perlu jaga percakapan, tutur kata dan sikap kita, tak kira sesama ibubapa, rakan-rakan mahupun adik beradik sendiri.



No comments:

Post a Comment

suka?? komen laah :D