Thursday, January 26, 2012

HINDUSTAN GULINGGULING


Heylo peeps. Oke, malam ni airmata aku dah terkeluar garagara duk tengok cerita hindustan. Alah, poyo la kau tengok cerita keling pon nak nangis bagai. Mesti ni orang akan cakap kan? Whateverlah oke. Tadi  aku bersama adik tercinta berpakat melayan cerita hindustan kat TV2. Malammalam tayang cerita hindustan kan, bertambahlah probability nak menangis tuh kann? Naknak cerita Mann pulak yang TV2 nih tayang. Dulu zamanzaman sekolah rendah dah tengok cerita nih. Sekarang umur dah nak masuk 22 baru dapat tengok lagi sekali. Cerita nih memang sadis sangat. 


By the way, actually aku memang one of the fans citecite nustang nih. Dari kecik lagi dah duk tengok citecite sebegini malahan memang banyak dah lagulagu yang dah sebati dengan minda dan jiwa raga aku nih (ayat haruslah gramatis). Tapi, zaman sekarang nih cerita hindustan macam harem dah and entah hapehape. Hero ngan heroin pun aku dah tak kenal sebab banyak pelakon baru, lagu dah tak best, jalan cerita pon dah tak syok. Kalau zamanzaman SRK, Salman Khan, Kajol, Aishwarya Rai, dan lainlain pelakon yang termasuk dalam zaman nih dulu memang ngetop habes ceritanya !! Tengok banyak kali pon tak boring. Sekarang nih almost laa dah tak best. Ada yang best pon cerita 3 Idiots tuh jela.

Oke, back to cerita Mann tadi. Menangis aku senyapsenyap dalam toto sebab takot adik aku tahu. Mulamula tengok dengan adik lelaki aku. Dia layan jugak cerita nustang nih tapi sama lah macam aku, cerita yang ade SRK aje die tengok and citecite zaman aku mula nak membesar dulu lah. Mula tadi layan berdua, lastlast dia pegi 0n9 pulak. Takpe, ini lagi bagus untuk aku betulbetul menghayati cerita nih, hehhe. Mann ni cerita cinta yang tragis tambah tragik lagi oke. 


Main actor and actress dalam cerita ni adalah Aamir Khan(Dev) dan juga Manisha Koirala(Priya). Oke, tak kenal sudah :p Diorang ni first jumpa kat atas kapal. Dev adalah seorang yang agak playboy tapi dia berhati perut jugak sebenarnye. Dia berubah lepas kenal Priya. Dia ada seorang nenek yang dah tua dan merupakan seorang balu. Priya ni pulak merupakan seorang anak yatim dah ada calon suami iaitu kawan dia,Anil Kapoor yang dah banyak tolong dia dalam usaha nak bukak sekolah anak yatim kot ke macam Tadika takpon Taskka gituu laa. Nak dijadikan cerita Dev dengan Priya ni terjatuh cinta antara satu sama lain masa diorang punya journey atas kapal tuh. Dev pun dah bawak Priya jumpa nenek dia sebab salah satu perhentian diorang punya journey tuh adalah dekat dengan tempat tinggal nenek si Dev nih. Sedih masa scene nih dengan lagu yang begitu syahdu. sobsobsobs :( hehhe.

Sebelum diorang berpisah dari kapal tuh, diorang dah buat janji nak jumpa balik dekat Gateway India pada 14 Februari yang merupakan Hari Valentine uolls, huhu. Kita orang Islam, no Velantine2 oke? hehe. Dev suruh Priya bagi dia masa 6 bulan untuk cari job, kumpul duet untuk kahwin dengan si Priya nih laa kan, takkan ngan aku pulak kan? Mestilah aku taknak sebab aku dah ade si L aku dah \(^_*)/. Okeoke, back to the story, sepanjang tempoh sebelum diorang berjumpa tuh memang banyak laa halangan yang diorang nak kena hadap kan. Dan ni lah yang wat aku nagisnyee tahuu? dan yang mengtragiskan(perkataan hape nih) cerita nih adalah pada hari diorang nak jumpa and kahwin tuh si Priya kena langgar dan duadua kaki dia terpaksa dipotong. 


Humm, sedihkan, mesti down, stress dan tak tahu hape nak fikir time nih kalau aku jadi Priya nih. Priya sedih sangat dan dia decide taknak bagitahu Dev. Anil Kapoor nih laa duk jage Priya time nih. Dia nih sebenarnya dah tahu pasal Dev and Priya. Dia redha demi cinta dan kebahagiaan Priya. Kalau aku jadi Anil nih, mesti aku cakap, haa,tuhla hang Priya,, haku nak kat hang, hang plak suka kat Dev, lau kawen dengan haku, mesti hang tak cacat cenggini.Oke, joke aje. Tak baek, itu sume takdir dari director cerita nih kan. Nak buwet camno ag haa.

Macam ni, aku sebenarnya dah malas nak tulis banyakbanyak dah. Mata pon dah ngantok. Ending cerita nih Dev tau jugak pasal yang Priya excident time nak jumpa 14 Februari tuh dan dia terima Priya seadanya sebab die memang cinta banget sama ini Priya. Happy ending kan :) Em, kalau back to the real life, kita nih orang perempuan dah cacat macam tuh, bf or tunang kita tuh entah nak lagi ke tidak kat kita kan? Rasa macam tak je kan. Dalam cerita lain lah, nama pon cerita, ekot director lah kan nak ending and jalan cerita macam mana pon.. Kalau betulbetul, taktahulah, maybe ada yang macam Dev nih tapi aku rasa zaman sekarang nih maybe ade dua tiga orang Dev je kot. Lelaki kan, nak yang cantik and perfect aje. Bila kita dah cacat confirm tukar phone number, buatbuat tak kenal dan lari tinggalkan kita macam tu je.


This is what i think laa kan. Harapharap lelaki kat luar sana tuh, kalau dah cinta dah sayangkan seseorang, walau apa pon yang jadi, just stay with that girl jela oke? Same goes to girls, uolls kena setia. Once dah berjanji sumpah setia sayang bagai, jangan bila jadi perkaraperkara seumpama nih terus berubah fikiran. Haha, sejaksejak tengok cite nustang nih, jadi Dr. Love pulak aku kan, huhhu :)




pic from mr. gugel



p/s kalau tengok cerita nustang, jangan ingat nak terbayang kita dengan gf or bf kita je dalam cerita tuh, tapi, cuba lah cari apa mesej yang nak disampaikan sebenarnye.



No comments:

Post a Comment

suka?? komen laah :D